Thursday, 20 August 2015

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH SAYA SEBAGAI MENTOR PERNIAGAAN ANDA


Ramai orang nak berniaga tapi tak tahu nak buat bisnes apa...
Ramai orang nak menjadi seorang usahawan tapi tak tahu macamana nak mula..
Ramai orang nak berjaya dalam perniagaan tapi tak ada MENTOR/GURU/SIFU untuk memberi tunjuk ajar & bimbingan yang betul..
Ramai orang bercita-cita nak jadi JUTAWAN tapi mentornya sendiri belum cukup berjaya dalam dunia perniagaan..

hah camna tu..?? sebenarnya antara perkara utama yang kita perlu beri keutamaan sebelum menceburkan diri secara serius dalam dunia perniagaan ni adalah PEMILIHAN MENTOR/GURU yang bukan sahaja sudah terbukti berjaya malah BERKUALITI. sebab itu kalau anda berguru dengan Mentor Kejayaan NO.1 di Asia yakni Doktor Azizan Osman, beliau akan senaraikan 5 Tips utk berjaya iaitu dengan menggunakan Formula MESTI

M - MENTOR
E - ELMU (emosi + ilmu)
S - SISTEM
T - TINDAKAN
I - IMPIAN

nampak tak MENTOR duk di ranking atas tau hehehe... salah pilih mentor, terjun lautlah nanti hee..tapi saya pun takla mendabik dada mengatakan saya lah mentor yang paling bagus kt dunia ni huuuu... saya pun ada banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki dar masa ke masa..insyaALLAH di sini saya nak share dgn anda 5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH SAYA SEBAGAI MENTOR BISNES :)

PERTAMA : Saya MENTOR yang BERPENGALAMAN dalam perniagaan
- Saya mula menjebakkan kaki berniaga secara online kecil-kecilan pada hujung tahun 2011 dan berterusan sehingga kini, Ogos 2015. kiranya sudah hampir 5 tahun saya bergelar seorang usahawan internet. Antara perniagaan yang pernah saya jalankan seperti produk kosmetik/kesihatan bumiputera dan import, cermin mata terapi, TASKA, pakaian ibu hamil & menyusu, cloth diapers, bedak arab, stiker kalimah bercahaya, powerbank dan macam-macam lagi. Pengalaman sebegini memang banyak mengajar saya erti berjuang dalam meningkatkan taraf hidup yang sangat mencabar. Saya tahu risiko setiap perniagaan & boleh membantu anda bagaimana untuk memulakan perniagaan dari zero, insyaALLAH.

KEDUA :Saya MENTOR yang BERILMU
- Di samping pengalaman perniagaan, saya juga mempunyai banyak pengalaman mengikut kelas, seminar dan bengkel khas menggali ilmu daripada jutawan-jutawan yang ada di Malaysia ni. Antaranya Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) sebanyak 2 kali, Advance Marketing Power drpd Doktor Azizan Osman, Bengkel & kursus yang dianjurkan oleh para Jutawan Shaklee dan sebagainya. Ingat ya kawan-kawan, salah satu faktor kejayaan kita dalam bisnes ni adalah ILMU. nak buat apa-apa pun mesti dengan ILMU. oleh kerana saya sedar, tanggungjawab saya sebagai MENTOR PERNIAGAAN sangat berat, saya tak jemu-jemu menuntut ilmu sehingga kini walaupun dah bergelar seorang MASTER COORDINATOR. Ilmu inilah yang akan membantu saya membangunkan emosi, kerohanian, spritual & intelektual anak didik saya nanti.

KETIGA ; Saya MENTOR yang sudah terbukti BERJAYA


- Bukti kejayaan saya boleh dilihat dengan berapa ramai anak didik saya yang telah berjaya dibangunkan menjadi seorang usahawan. bila dihitung lebih 50 orang anak didik saya yang pernah mencapai pendapatan sebanyak 4 - 5 angka sebulan.. lumayan kan..? ada dari kalangan mereka punya profesion sangat hebat seperti doktor perubatan, peguam, guru dan sebagainya. ada ramai jugak surirumahtangga yang sebelum ni zero income tapi dengan bershaklee dari rumah, mereka telah berjaya menjana income yang hampir sama malah lebih daripada ibu yang bekerjaya. Selain berjaya membantu ramai downlines, saya juga telah berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam dunia perniagaan shaklee sebagai seorang MASTER COORDINATOR & secara tidak langsung pendapatan peribadi saya konsisten sebanyak 5 angka sebulan sehingga kini.Alhamdulillah.

KEEMPAT : Saya MENTOR yang POSITIF


- Jika anda ingin memilih mentor, pilihla mentor yang boleh seimbangkan antara tuntutan intelektual & kerohanian. InsyaALLAH berbekalkan pengetahuan agama yang saya ada serta ilmu yang dapat daripada mentor-mentor, saya sedikit sebanyak mampu membimbing anda tentang konsep sebenar berniaga mengikut landasan islam yang sebenarnya. Ada mentor yang diri sendiri tidak memahami apa tujuan sebenar kita berniaga ( niat yang salah), maka secara tidak langsung anak didiknya juga akan mengikut acuan yang sama. Dunia perniagaan sangat mencabar, seandainya kita tidak kuat pergantungan kepada Sang Pemberi Rezeki & mempunyai jiwa yang positif, jalan untuk kita sampai ke puncak pasti akan sukar !

KELIMA : Saya MENTOR yang TIDAK LOKEK ILMU
More u give,
More u get back.

Pernah dengar kata-kata ini...?? saya sangat berpegang pada prinsip tersebut dan sehingga kini saya tidak pernah berkira untuk menyumbangkan ilmu, duit, tenaga & masa saya demi melihat semua anak didik berjaya seperti saya. Kadang-kadang saya "terpaksa" menepis keinginan anak & suami yang inginkan perhatian yang lebih semata-mata ingin fokus kepada empayar saya. syukurlah saya dianugerahkan suami yang amat memahami & sentiasa menyokong saya dari belakang. Setiap bulan saya akn mengadakan kelas online bersama anak didik dan kelas offline secara berkala. Berdasarkan pemerhatian saya, semua mentor saya jugak sebegitu. mereka langsung tidak hiraukan kepenatan diri & masa untuk berlibur demi membantu anak didik mencapai kejayaan. Dan pengorbanan mereka sangat berbaloi kerana kini mereka semua sudah berjaya berada di puncak & bergelar JUTAWAN MUDA. 

Banyak lagi sebab kenapa anda perlu memilih saya sebagai MENTOR perniagaan anda tapi saya rasa untuk perkongsian kali ni cukuplah 5 ni dulu hehe..Maaf saya bukan RIAK, TAKBUR atau BANGGA DIRI ye. semua guru-guru saya selalu berpesan agar sentiasa belajar dan terus belajar demi meningkatkan nilai diri & seterusnya menambah nilai dalam hidup orang lain. sekiranya anda ingin belajar selok belok berniaga, usahlah malu dan segan untuk hubungi saya di no yang tertera di bawah..


SAYA MENTOR PERNIAGAAN ANDA,
Master Nor Fahana/Ummu Durrah






3 comments: