Assalamualaikum..Hai semua..
Nama saya Nor Fahana Bt Mat Akhir atau org lebih kenal sbg Ummu Durrah.
Umur 30 tahun.
Asal Kedah & kini menetap di Port Dikson dah 7 tahun lebih.
Saya dari kecil memang minat berniaga sebab ikut arwah mak yg juga usahawan kecil-kecilan.
Uolls nak tahu tak, saya aktif berniaga dari umur 7 tahun tau.
Then bila saya dah dewasa, berkahwin di kala usia 23 tahun, saya masih tetap berniaga secara sambilan. Pada tahun 2010 saya dapat tawaran bekerja sebagai Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di Tampin. 2 tahun saya kerja kat sana, then saya bertukar ke Daerah Port Dickson.
Ermm jawatan macam best je kan, tapi gaji saya kecik je masa tu.. RM2700 je walaupun saya berkelulusan ijazah.
Saya kenal shaklee pada tahun 2011 semasa anak sulung saya Durratun Nafisah berumur setahun setengah. Durrah menghidapi masalah kesihatan yang sangat kronik. Dia takleh buang air besar secara normal akibat sembelit yang parah. Takyah cakap la bab rawatan moden & tradisional. habis pakar dah saya & suami bawak tapi masih tak ok. kalau nak poo poo je mesti kena pakai pam bontot tu hew hew. Pakar dah sampai nak buat pembedahan potong usus la kt durrah, sedih sangat. satu hari kakak kepada bestfren saya, kak Farihah Abu Kasim (kini upline shaklee saya) meseg saya di facebook. beliau syor saya mencuba SET KANAK-KANAK SHAKLEE utk merawat durrah. Saya mencuba mealshake, vitamin c chewable dan omega guard dan alhamdulillah, banyak sangat imrovement kt durrah. akhirnya dari situla sy jatuh cinta kpd produk shaklee. dahla kulit saya yang dulunya mcm katak puru pun dah elok heee..
Ni la cik Durrah masa kecik. Allah duga sakit macam-macam
Tapi kan saya ni degil. upline saya selalu meseg saya ajak berbisnes shaklee tapi saya tolak. Alasannya saya cukup bz dgn kerja hakiki di pejabat & bisnes bedak arab saya. Almaklumlah income jual bedak arab boleh tahan tau, penah la cecah RM10,000 sebulan. Mana la nak pandang shaklee ni kan hehe. Tapi Allah tu memang sayangkan sy. DIA bukakan hati saya utk menerima peluang utk berjaya dgn shaklee. Pada bulan september 2013 bermula lah episod hidup saya sbg usahawan shaklee. Saya tinggalkan semua bisnes bedak arab & lain-lain bisnes hanya krn shaklee..Bulan pertama saya fokus 100%, alhamdulillah saya berjaya rank up SUPERVISOR dengan 3300 GUV (bonus RM2600 tau, dah hampir sama dgn gaji). Saya berjaya rank up tu seorang diri tanpa ada seorang pun anak shaklee. Kira sales saya seorang diri cecah RM9000++.. Menggilaa la sangat kan hahaa. Then saya ada luah kt suami nk resign keje kerajaan ni tapi suami tak izinkan lagi. suami letak syarat..Nak resign mesti income shaklee dah cecah RM10,000, baru dia izinkn. Haa apa lagi, saya pun kerah seluruh tenaga, mental & fizikal semata-mata nak capai RM10,000 sebulan. Alhamdulillah, akhirnya pada bulan Disember 2013 saya berjaya rank up sebagai COORDINATOR dengan bonus RM10,000.. Wahh buntang mata suami kauuu.. Bulan tu jugaklaaa saya terus submit surat perletakkan jawatan sy kpd boss..Habis satu opis terperanjat hehee..Memang tekad habis la saya masa tu..Yang saya tahu saya nak JADI MASTER COORDINATOR macam uplines saya. Hahaha.
Gambar-gambar kat bawah ni semua kenangan masa buat bisnes macam-macam dulu haha..
Dulu sampai Pos Laju je muka staff situ dah berkerut sebab banyak sangat parcel heee..
Cik abang tengah mengira stok bedak myanmar Tanaka. Import direct dr sana tau
Haaa ni dia... orang lain lunch hour gi isi perut, den balik rumah pack oder yang bertingkek-tingkek kikiki
Januari 2014, bermula la episod hidup saya sebagai Work At Home Mom & usahawan shaklee sepenuh masa. Dulunya anak-anak saya hantar ke taska, tapi kini saya jaga anak-anak dgn kudrat sendiri. Empayar saya semakin berkembang & beranak pinak. Seorang demi seorang anak didik saya berjaya rank up supervisor, senior supervisor, coordinator & senior coordinator. Kalau dihitung, kini empayar saya hampir mencecah 1000 orang downlines seluruh Malaysia. Yang berjaya mencapai income 4-5 angka pula hampir 100 orang, alhamdulillah. Tangga demi tangga saya berjaya daki, dan akhirnya pada bulan Oktober 2014 saya berjaya memegang title idaman saya sebagai seorang MASTER COORDINATOR. Sebenarnya bukanla pangkat tu yang melambangkan segala-galanya, akan tetapi di sebalik title tu la yang akan membuktikan siapa anda dlm shaklee. Lagi tinggi sesuatu rank bermakna lagi ramai jiwa insan yang telah kita sentuh. Untuk menjadi seorang Master Coordinator Shaklee, sekurang-kurangnya 13 orang downlines kita berjaya dibantu untuk mencapai income 4 angka. 13 orang kawan-kawan, bukannya 3 orang. Banyakkk sangat pahala & saham kita di sisi ALLAH.
Alhamdulillah layak award masa National Conference Jun 2015 yang lepas..
Saya & suami diraikan dalam satu majlis gilang gemilang ( Master Celebration)
Saya bersama uplines saya, Master Farihah & Master Iffah Anuar
Sungguh saya sangat-sangat bahagia dengan hidup sekarang...
Saya BEBAS MASA...
Kewangan saya juga meningkat berbelas kali ganda...
Suami & anak-anak pun bahagia sebab saya banyak masa untuk bersama diorang..
Semua program shaklee saya boleh bawak suami & anak-anak tak seperti bisnes lain..
Dulu mampu bagi orang tua sebulan RM200 je, selepas bershaklee saya mampu bagi 4 angka, alhamdulillah..
Saya mampu untuk melancong ke banyak negara seluruh dunia..
Ishh takleh nak sebut semua la, alamatnya sampai esokla tak tidur haha..
Jam dah pun menunjukkan pukul 2 pagi ni..mengantuk dah hihi.
Akhir kalam, saya sangat mengalu-alukan sahabat-sahabat sekalian yang memamg bercita-cita nk bekerja dr rumah utk PM saya di Facebook Ummu Durrah atau meseg/call/wasap/telegram saya di talian 0186653683 jika inginkan maklumat lanjut. InsyaAllah, atas nama ISLAM saya akan bantu anda..
Salam Sayang,
Tahniah!!! Very inspired!! Doakan saya juga dapat mengikut jejak langkah yg sama ;-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deletetqvm sis...insyaLLAH sis jugak pasti akan berjaya
Deletetqvm sis....jom kita majukan ummah :)
ReplyDeleteHebat limah. Cayalah!
ReplyDeleteAlhamdulillah..doakan saya juga
ReplyDelete