Sunday, 29 March 2015

Aku & Shaklee | Part 1

Kisah hidupku dengan Shaklee panjang la jugak.hehe..semua bermula pada tahun 2012 semasa anak sulungku, Durratun Nafisah menghidapi penyakit sembelit yang sangat kronik. masa tu umur durrah 1 tahun - 2 tahun kot. durrah tak boleh buang air besar secara normal..asal berak je keras macam batu & berdarah-darah..bab nangis tu takyah cakapla kan..memang melalak je keje time nak berak..huhu..aku ni keje angkut dia ke sana sini berubat..dari klinik, hospital kerajaan & sampaila ke pakar bedah. pakar siap masuk kamera dalam usus & sahkan usus durrah tersumbat. apa lagi, nak kena operate la.. ibu mana la kan sanggup tengok anak kecik dia kena operate..alahaiiiii


nak dijadikan cerita, ada la kenal sorang kakak ni..beliau ni kakak kepada bestfren masa kt UiTM dulu. beliau jugak seorang pakar pemakanan & suggest aku supaya try bg durrah consume set kanak-kanak ( MEALSHAKE + VITAMIN C 100MG + OMEGA GUARD). masa tu dah tak fikir panjang. rembat je sebab dah tak tahu nak buat apa lagi. sungguh menakjubkan...!! sebulan lps tu durrah dah sembuh daripada masalah sembelit sehingga kini..allahuakbar ....terharu rasa. 

setel bab durrah...masa berpantang anak kedua, Muhammad Al-Fatih..aku teringinnn sgt nk try set menyusu shaklee + set kulit. so aku join shaklee secara FREE MEMBERSHIP ( beli barang dengan harga RM650). Aku oder :

- vitalea
- vitamin c 500mg
- vitamin B
- ostematrix
- ESP
- alfafa
- cleanser nutriwhite
- lecithin
- omega guard


alangkah bahagia rasa tatkala tu sebab berat badan mmg susut banyak. bukan tu je, kulit pn semakin cantik..dulu kulitku ala-ala katak puru weii....nak tengok muka sendiri kt cermin pn nyampah.. jerawat batu penuh muka. susu badan takyah cite la..mmg melimpah ruah sampaila aku boleh fully breastfeeding muhammad al fatih 2 tahun. best kan? rezki fatih la....masa tu join shaklee sbb nak makan sendiri je..mmg takda lgsg niat nak berbisnes ..hehhee..sebab aku masa tu bizi dengan biz tudung dan bedak arab..

ok sekian kisahku & shaklee setakat ni.. nanti sambung lagi kat kisah part 2..nantikan..haha

1 comment: